Larian: Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

1.

Ini bukannya comeback tapi sekadar penampilan khas. 😅
Kali terakhir saya masuk HM pada Disember 2018 dan lepas itu terus menyepi. Salah satu puncanya ialah ada sedikit kecederaan.

21km finisher

Macam biasa saya mulakan larian dengan berada dalam kelompok belakang. Hanya nampak runners yang dikenali masa mereka dah u-turn.

Masa awal larian bergandingan sekejap dengan Wan Bakhtiar Junaidy. Selepas itu dia semakin di hadapan dan saya cuma follow dari belakang. Lepas tu dah tak nampak. 😅

Bertemu semula di KM17. Tak larat nak follow. 😭

Start KM14 kaki kanan dan pangkal paha saya mula sakit. Dari sinilah pace mula perlahan. Terpaksa sekejap berlari sekejap berjalan. Lepas berjalan nak mulakan larian balik dah hilang rentak.

Di Water Station terakhir, masa ambil air ada seorang runner terlanggar saya. Dan masa itulah wireless earbud di telinga kanan saya jatuh. Memang tak mampulah nak cari masa tu. Bye bye earbud. 😢😢😢😢

Dipendekkan cerita saya dapat menamatkan larian.

2.

Ini cerita seepas tamat larian.

Masa beratur nak ambil medal dan finisher tee, urusetia kata baju dah habis. Kena datang semula pukul 10 pagi lepas beri nombor telefon dan saiz baju.

Eh, event besar macam ni boleh kata baju habis? Semua dah daftar kot dan ada bilangan penyertaan.

Pelari perempuan depan saya komen pada urusetia, “Ala, nak kena datang lagi ke. Nak tidur la.”

Lepas pelari tu berlalu, urusetia tu jawab sorang-sorang tapi depan saya. Dia kata, “Kitorang pun nak tidur jugak”.

Sebenarnya saya nak tolong jawab tapi malas. Penat. Saya nak jawab macam ni,

“Kak, kitorang ni lari 21km. Penat tu tak payah nak cerita. Tiba-tiba baju tak ada. Lepas tu nak kena datang semula.”

Jam 10.00 pagi….

Saya tiba semula di Clearance Area 21KM. Ramai juga yang sedang menunggu sambil berbual tak puas hati. Urusetia tak ada langsung di khemah tersebut.

“Kawan aku kata kena pergi khemah 12km!”, tiba-tiba datang seseorang memberitahu kepada kelompok kami.

Pulak! Info rasmi dari urusetia mana?

Di khemah 12km orang mula beratur. Masing-masing bertanya berul ke tempatnya. Beratur macam mana. Rupa-rupanya kena ikut saiz baju. Sebelum dapatkan baju kena semak semula nama di board untuk comfirmation.

Pendek kata memang fail lah pengurusan. Event besar kot.

3.

Masa menunggu giliran bergambar di board “Lets Vacayrun” tiba-tiba seorang remaja perempuan menegur saya.

“Rasa macam pernah nampak. Coach ke ni?”

Mau tak terkejut tiba-tiba ditanya macam tu. Saya dengan jujur menafikan saya seorang coach. 🤭

Setelah diselidiki, rupa-rupanya remaja tersebut ialah salah seorang penerima hadiah bagi kategori 12KM Malaysian Women’s Open.

Saya rasa kalau dia berlumba lari dengan saya selaku coach, sudah tentu saya kalah. 🤣🤣

Sekian sahaja catatan kisah larian kali ini.

Terima kasih sudi baca.

Batsham
Gothamerloh City Runner

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.