Full Marathon Yang Pertama

Wall of Fame senarai peserta FM

Hanya 200meter sahaja untuk sampai ke garisan penamat. Saya nekad untuk paksa kaki berlari. Suara juruhebah acara menyebut nama-nama pelari yang tiba menguatkan lagi semangat saya.

Melepasi gerbang bertulis FINISH. “Saya berjaya lakukannya!” Kata saya dalam hati.

Lalu saya berjalan ke khemah untuk mengambil refreshment, medal dan finisher tee. Saya sebak. Air mata mengalir tanpa dapat ditahan-tahan. Saya cuba berlakon seolah-olah menyapu peluh yang ada di muka. Walau cuba ditahan tapi masih tetap air jernih itu mengalir. Ia adalah bicara tanpa suara atas apa yang telah saya lalui. The struggle is real.

Imbas kembali…

Larian 21km di Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud menatijahkan saya menerima hadiah sebuah kesakitan. Pergelangan kaki kanan hingga tapak kaki saya sakit. Seminggu lebih saya berehat atas nasihat doktor.

Hinggalah pada hari Khamis lepas, saya cuba berlari. Baru melepasi 1km dan kesakitan itu datang kembali. Dan sakitnya lebih teruk kerana memang langsung tidak boleh berlari.

Malam itu saya putuskan untuk DNS bagi KLSCM. Keputusan yang sangat berat untuk dibuat.

Pagi Jumaat, berjalan pun masih terasa sakit. Lepas Solat Jumaat, terasa agak lega. Lepas asar saya kata kepada isteri yang saya hendak cuba berlari. Kalau tak terasa sangat sakitnya, mungkin perancangan DNS itu boleh dibatalkan. Larian petang itu sejauh 3km dan alhamdulillah tak terasa sakit. Tapi saya faham beza 3km dengan 42.195km itu terlalu banyak.

Saya ubah rancangan. Sabtu akan ambil racekit. Dan jika tiba-tiba sakit datang kembali, saya akan DNS. Jika tidak sakit, saya hanya ada dua pilihan. Cabar diri untuk tamatkan larian atau DNF. Dan mental saya sudah sedia untuk DNF memandangkan kepada faktor sakit tadi.

Pagi hari berlangsungnya KLSCM kategori FM. Saya sangat berdebar. 2 pilihan saja yang ada. Bergelar Marathoner secara rasminya atau DNF.

Memulakan larian dengan Abang Mohd Marzuki MJ. Tak lama kemudian rasa nak terkencing. Nampak saja tandas awam, saya bagitahu nak pergi tandas. Kami pun berpisah.

Di KM5 apa yang saya risaukan terjadi. Kesakitan itu mula datang perlahan-lahan. Saya hanya boleh beri semangat kepada diri sendiri. ‘Tak sakit, tak sakit’. ‘Boleh lagi ni’. ‘Don’t give up!’ Sambil beri semangat, tak putus-putus berdoa.

Sampai KM14 berhenti di Surau Tabung Haji. Asalnya hendak solat di stesen minyak tapi saya ubah strategi. Jika hendak solat di KM20 iaitu Mobile Musolla saya risau sudah lewat. Lebih baik solat awal.

Alhamdulillah, masuk je Surau Tabung Haji, Imam baru saja hendak memulakan solat jemaah. Transit di sini dalam 15 minit juga.

Saya perlu sampai di KM21 sebelum 7.35 pagi. Itu adalah checkpoint COT pertama. Jika gagal, akan diangkut dengan bas rapidkl. Maknanya DNF.

Selesai solat, saya baru sedar kesilapan saya. Saya lupa bawa plaster dan vaseline. Saya terlupa yang saya perlu sapu semula vaseline selepas solat atau tampal plaster di bahagian kaki yang berkemungkinan akan blister.

Telahan saya benar. Masa berlari saya dapat rasakan blister itu. Sudahlah kena melayan sakit kaki, ada blister pula.

Saya sampai di CP1 COT mengikut perancangan. CP2 COT pula di KM30 dan perlu sampai di sana sebelum 9.05pagi. Saya buat anggaran dengan pace larian saya yang makin merudum, insyaAllah boleh sampai sebelum waktunya jika kekal tahap sebegini. Saya tiba jam 8.40 pagi di CP2 COT.

CP3 COT pula yang berada di KM36 saya perlu sampai sebelum 10.05 pagi. 6km dalam masa 1 jam 25 minit untuk masa yang saya ada. Nampak macam mudah kan?

Rupa-rupanya inilah antara cabaran yang sukar. Laluannya memang sering diperkatakan para pelari. Dan 6km ini saya hanya berjalan saja melayan bukit-bukit yang ada. Tiada lagi senyum terukir di bibir. Akhirnya saya tiba di CP3 ini pada pukul 9.43 pagi. 1 jam 03 minit masa yang saya ambil.

Hanya berbaki 6km untuk tiba di garisan penamat dan bergelar marathoner. Saya perlu sampai sebelum 11.00 pagi iaitu dalam masa 1 jam 17 minit. Beberapa orang ada bertanya soalan ketika kami berbual, sempat atau tidak tiba di FL. Kami buat congakan dan jika boleh maintain dan tambah sedikit kelajuan insyaAllah boleh.

Dan seperti awal cerita, saya berjaya menamatkan larian pertama saya untuk kategori Full Marathon. Saya tiba jam 10.53 pagi. Syukur alhamdulillah.

Benarlah, untuk menyertai FM ia memerlukan latihan dan semangat yang tinggi dan bukan boleh dibuat sambil lewa.

Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.