MPKj Half Marathon

21km Finisher

MPKj Half Marathon – Larian Ditinggalkan.3 minggu sebelumnya. Acapkali Abang Mohd Marzuki MJ membangkitkan yang saya menamatkan larian FM KLSCM tanpa menunggu beliau.

Lalu kami merancang jika ada acara larian yang disertai bersama, kami akan menuju ke garisan penamat bersama. Beliau adalah mentor yang menyebabkan saya terjebak dalam acara larian.

Hari kejadian- MPKj HM

Seperti dijanjikan, kami memulakan larian bersama. Tengah-tengah berlari, saya ternampak William Cheah WL di sebelah kiri. Terus saya jerit namanya. Kuat pulak tu. Dia hanya angkat tangan.

Larian diteruskan bergandingan dengan Abang Marzuki. Kami tiba di KM3. Ada water station. Saya perlu minum sebab sebelum larian hanya sempat minum sikit.

Ketika saya memperlahankan larian setibanya di WS, Abang Marzuki terus dengan lariannya dan tanpa ucapan selamat tinggal terus meninggalkan saya di kejauhan. Saya terkesima sebentar.

Saya kata dalam hati, lepas ni saya akan kejar supaya dapat tamatkan larian bersama. Itu yang saya rancang. Rancangan yang digambarkan tanpa ada halangan yang amat saya takuti.

Jika kalian pernah membaca cerita saya ketika menyertai LAJSM dan KLSCM, tentu kalian masih ingat kecederaan saya.

Sekali lagi kesakitan itu datang. Saya sangkakan sakit saya dah berkurangan dan larian kali ini saya tidak akan mengalaminya lagi. Ternyata saya silap. Painkiller yang saya telan sebelumnya seolah tak memberi kesan.

Di WS KM6, saya terduduk di tepi jalan. Melepaskan penat. Meredakan kesakitan. Penat tak sangat tapi sakit itu yang teramat perit.Mungkin saya tak dapat nak kejar Abang Marzuki.

Dan sasaran saya kini hanya untuk tamatkan larian.Sebelumnya saya hanya berhasrat untuk berlari secara santai sahaja untuk larian ini. Maksudnya lari bersama mentor saya sebagai pacer sambil berbual-bual. Lagi pun saya berhasrat untuk menjadikan larian ini adalah ‘Larian Selamat Tinggal’ kerana tahun hadapan saya berhasrat hendak berehat. Kerana itu juga saya tidak membawa bersama earphone kali ini. Sebab saya memang fikir nak berlari santai sambil berbual.

Kira-kira 15km lagi untuk menamatkan larian. Bersendirian. Keseorangan. Kesepian. Ditemani kesakitan. Malah janji bersama Abang Marzuki hanyalah janji tinggal janji. Sampai hati dia mungkir janji.

Dari satu kilometer ke satu kilometer dilepasi. Cuaca kian panas. Mujurlah ada beberapa orang pelari yang sudi berbual-buat seketika.

Di Check Point 5, KM15.5 saya ambil keputusan untuk berehat. Duduk di bahu jalan. Lama. Mujur tidak gugur air mata.Lalu saya hantar whatsapp kepada Abang Marzuki. Memaklumkan yang saya berhenti di situ dan hampir tak berdaya untuk meneruskan.

Seorang demi seorang saya lihat berlalu di depan mata. Kaki masih enggan untuk berdiri. Tangan saya rangkul kedua-dua lutut. Kepala saya benamkan di tangan. Bukan ini yang saya inginkan. 5.5km to go. Saya ambil nafas panjang.

“Aku boleh teruskan. Biarlah tamat jam berapa, asalkan aku bukan jadi yang terakhir.”

Lalu saya bangkit. Ingin menghabiskan apa yang telah saya mulakan. Di sinilah saya banyak mengimbau apa yang telah saya lalui. Dan sebenarnya semua sasaran saya telah tercapai sepanjang saya menceburi aktiviti larian ini. Tahun hadapan mungkin tiada lagi acara larian yang akan saya sertai. Saya akan berehat. Ini telah pun saya bincangkan bersama isteri saya. Apatah lagi dengan beberapa siri kecederaan yang saya perolehi.

Cuaca kian panas. Sesekali cuba berlari tapi hanya beberapa meter. Lalu terpaksa berjalan semula.Sudahlah kesakitan, ditinggalkan pula seawal larian. Harapan saya hancur berkeping-keping dengan setiap ayunan langkah. Semangat saya juga sudah rentung. Tidak lagi membara. Api nyalaannya sudah padam.

Dipendekkan cerita, tiba juga saya di garisan penamat. Bukan dengan larian bergaya tapi sekadar berjalan.

Setelah bertemu Abang Marzuki, saya dimaklumkan yang beliau terpaksa berlari laju dan tinggalkan saya sebab kaki sakit. Bahkan berjaya pula membuat PB kali ini. But for me, this is my PW. Personal Worst yang saya perolehi sepanjang menyertai larian Half Marathon.

Walaupun saya ditinggalkan, tapi saya tidaklah terasa hati sangat. Lagi pun saya sudah pesan jika nampak saya sudah mulai perlahan rentaknya, bolehlah beliau meneruskan dengan lariannya. Tapi tak sangka seawal KM3 saya dah ditinggalkan.

Eh, sebenarnya adalah sedikit terasa hati masa berjuang menamatkan larian tersebut. Sebab sebelum ini dah janji nak sampai ke garisan penamat sama-sama. Lepas ini dah tak berpeluang dah.

Tapi lepas tu saya ok je. Apa-apa pun saya berjaya menamatkan larian Half Marathon saya yang ketujuh. Alhamdulillah. Cuma terkilan juga sebab air MILO tak ada kali ini. Saya dah berangan nak minum MILO lepas berjaya melepasi garisan penamat.Sepatutnya tajuk cerita yang saya rancangkan adalah ‘MPKj Half Marathon – Ke Garisan Penamat Bersama’ tapi bertukar menjadi ‘MPKj Half Marathon- Larian Ditinggalkan’.

Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.