Bertemu Guru-guruku Kembali

Tatkala menerima undangan ke majlis perkahwinan anakanda Ustaz Afendi Sahi As-Sidriyy dan Ustazah Rozita Zie hati saya cukup terharu dan teruja.

Pertamanya kerana saya masih lagi diingati. Pernah dulu ketika kali pertama menyapa setelah sekian lama, kata Ustazah Rozita:

“Terharu sangat sebab anak murid masih lagi ingat kepada kami.”
Lalu saya katakan:

“Anak muridlah yang lebih terharu kerana gurunya masih mengenalinya. Kerana guru pastinya mempunyai ribuan anak murid sedangkan anak murid tidak akan ada bilangan guru sebanyak itu.”

Keduanya kerana keterujaan ingin bertemu dengan kedua-dua guru saya ini. 20 tahun lamanya tidak bersua muka.

Walaupun ada berinteraksi di sebalik paparan skrin, tapi tidak akan mungkin sama ketika berhadapan di dunia nyata.

Rasa rindu itu sudah terlalu lama bersarang di hati. Ketika mendakap erat tubuh di hadapan saya, seakan hampir menitis air mata tapi berjaya ditahan. Sungguh saya syukuri pertemuan ini.

Dan doa saya buat kesemua guru-guru saya di mana saja berada, semoga kalian sentiasa diberkati Allah dan dilimpahi rahmat kurniaanNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.