Seperti Di Dalam Gua

pngtree-hand-drawn-cartoon-creative-cave-background-illustration-image_259997

Selesai solat maghrib kami sekeluarga mengisi dengan peringatan-peringatan untuk pedoman. Seperti biasa isteri saya yang banyak idea dalam berkata-kata paling banyak memberikan peringatan.

Perintah Kawalan Pergerakan memasuki minggu ketiga dan kali ini isteri saya membuat perumpaan beradanya di rumah seperti berada di dalam gua.

Lalu dikisahkan tentang kisah Nabi Muhammad S.A.W ketika beruzlah di Gua Hira’ dan kisah Ashabul Kahfi. Anak-anak mendengar dengan penuh minat.

Lalu ditekankan tentang penjagaan iman. Apa yang boleh dibuat dalam tempoh PKP ini terutama  terhadap anak-anak.

Saya hanya menambah untuk melihat dari dimensi berbeza.

Ya, kita diibaratkan seperti berada di dalam gua. Di dalam gua secara fahaman biasa kita akan membayangkan tampa ada hubungan sosial dengan luar.

Tapi, berada di dalam gua ketika PKP ini bukan lagi seperti itu. Kita terkurung secara fizikal tetapi lihatlah apa yang ada bersama kita. Masa yang kita ada apa yang kita lakukan. banyaknya bersama dengan gajet yang menghubungkan kita dengan dunia maya.

Kita masih terus dapat berinteraksi. Masih boleh melayari pelbagai lawan web. Malah masa yang ada lebih lama daripada ketika tidak di dalam ‘gua’.

paling ketara di dalam ‘gua’ ini kita terus menyambung perbalahan.

Lalu di antara langkah yang saya ambil ketika di dalam ‘gua’ ini selain melaksanakan penjarakan sosial di luar, saya turut melaksanakan penjarakan media sosial.

Begitulah antara cabaran kita. Di dalam ‘gua’ tetapi tidak seperti di dalam ‘gua’. Kita diuji apakah pilihan yang kita lakukan sepanjang berada di dalam ‘gua’ ini. Semakin baikkah atau semakin berkurang kualiti diri kita.

Dan di’ Gua PKP’ ini banyak yang kita boleh pelajari ibrahnya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.