Ramadan 1441- Bukan Seperti Biasa

Siapa yang menyangka Ramadan kali ini berputar darjah keluarbiasaannya.

Kita masih belum menang menentang COVID19 dan kita juga masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

1 Ramadan kita masih di dalam PKP fasa ke 3 dan dilanjutkan lagi untuk fasa 4 sehingga 12 Mei 2020.

Tarawih kita bukan lagi di masjid/ surau. Kali ini tidak ada majlis berbuka puasa di masjid/surau.

Pasar Ramadan juga dibatalkan di seluruh negara tapi, kemeriahannya tetap kelihatan. Saya perhatikan group facebook  – Makan-makan Kat Temerloh, pelbagai menu yang tersedia untuk dibeli.

Setakat ini kami belum terasa hendak menambah menu berbuka. Cukup dahulu dengan apa yang ada. Sementelah, jiran-jiran pun ada bertukar-tukar juadah.

Ramadan kali ini banyak perubahan dalam aktiviti kita. Dan bagi yang dilapangkan masa dan tetap kekal di rumah, peluang yang ada ini sangat bererti.

Jika sebelum ini, kita disibukkan dengan urusan lain seperti bekerja di pejabat, menyelesaikan pelbagai urusan di luar, kali ini kita banyaknya di rumah.

Dalam tidak sedar, ini juga ujian untuk kita. Adakah kita benar-benar menghargai nikmat kelapangan di bulan Ramadan ini.

Hari ini 4 ramadan. Dan tidak mustahil 1 Syawal kelak kita akan turut menyambutnya di rumah masing-masing.

Inilah Ramadan yang berbeza buat kita. Sangat berbeza.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.