Tentang Intovert Dalam Buku Pendiam.

unnamed

Dalam buku “Pendiam?: Memahami Personaliti Introvert Dalam Dunia Ekstrovert” (Penulis : Aiman Amri & Aqila Masri) yang saya baru selesai baca, introvert dikatakan memmpunyai 4 jenis di mana setiap satunya berbeza. Jenis-jenisnya seperti berikut:
1. Introvert Sosial (Social Introvert)

Golongan ini tidak suka bergaul dengan orang ramai dan lebih gemar bersendirian.
Mereka ini jugalah yang sering disalahfahami sebagai seorang yang pemalu dan janggal dalam suasana interaksi sosial, walaupun sebenarnya tidak.

Sebenarnya golongan ini bukan pemalu atau pendiam, tetapi mereka memang gemar bersendirian dan tidak ada masalah untuk keluar berseorangan, tengok wayang seorang diri atau keluar makan tanpa kawan.

Mereka MEMILIH begitu. Mereka memilih untuk menyendiri dan sebenarnya boleh saja bersosial tetapi hanya jika perlu.

Mereka juga ada kawan-kawan yang mereka boleh bising dan riuh, tetapi hanya yang tertentu sahaja.

Pendek kata, kawan mereka tidak ramai dan kualiti itu lebih utama berbanding kuantiti.

94516023_10217785329449017_2532039360233078784_o

2. Introvert Berfikir (Thinking Introvert)

Biasanya mereka ini banyak berfikir, berimaginasi dan menganalisis. Mereka tiada masalah untuk kekal bertenaga dalam persekitaran sosial tetapi mereka akan tidak banyak bercakap dan lebih banyak berfikir atau menganalisis.

Kekuatan mereka pada idea, penulisan, data dan pemikiran. Mereka melihat dunia dengan perspektif yang unik dan kaya dengan imaginasi sendiri berdasarkan informasi yang pernah dihadam melalui tontonan filem, bacaan buku, mendengar podcast dan sebagainya.

Pendek kata, mereka ini diam-diam ubi berisi.

3. Introvert Gementar (Anxious Introvert)

Introvert ini berbeza dengan introvert sosial.

Ini kerana golongan ini sengaja mengasingkan diri daripada apa-apa suasana sosial kerana ketakutan dan kejanggalan, terutama apabila berhadapan dengan individu yang langsung tidak dikenali.

Tahap keresahan mereka juga amat tinggi apabila berada di khalayak ramai, dan tidak berkurangan juga walaupun sudah berseorangan kerana risaunya dengan apa-apa kemungkinan yang boleh berlaku, atau berfikir-fikir andai masa dapat diputar kepada pertemuan tadi dan ubah apa-apa yang patut.

Mereka inilah golongan introvert yang selalu disebut sebagai pemalu, tak pandai bersosial, pendiam dan sebagainya. Buku, filem, rancangan televisyen dan seumpamanya adalah kawan baik mereka.

Bagi golongan ini, sekiranya mereka ada kawan yang rapat, mereka akan sangat menjaga hubungan tersebut dan menghargai persahabatan yang dibina.

4. Introvert Tenang (Restrained Introvert)

Mereka berbeza dengan ketiga-tiga golongan yang disebutkan tadi. Golongan ini pula kelihatan bersifat pasif dan tenang.

Kesabaran dan ketenangan yang tinggi ini membuatkan mereka menjadi seseorang yang berfikir dahulu sebelum bertindak apa-apa.

Setiap tindakan mereka akan dimulai dengan berfikir dahulu dimana mereka mampu untuk tekan butang ‘pause’ sebelum membuat sesuatu dan mencari cara terbaik untuk bersuara atau bertindak.

Mereka bukan jenis spontan, kelam-kabut atau ‘exploding’ seperti sesetengah extrovert.
Biasanya untuk mengenal mereka ini, mereka adalah jenis yang diam dan banyak mendengar pandangan orang lain dalam kumpulan terlebih dahulu, kemudian apabila mereka bersuara, akan tinggi peratusan untuk dipersetujui dan dikagumi kerana karisma mereka.

Dan sebagaimana introvert lain, mereka tetap mempunyai limitasi yang lebih rendah berbanding ekstrovert apabila melibatkan diri dalam suasana sosial. Mereka akan tetap memerlukan masa berseorangan untuk mengecas semula tenaga dalaman, selepas selesai keperluan mereka untuk berinteraksi dengan orang sekeliling.

KESEMUA introvert mempunyai keempat-empat ciri tersebut dan tidaklah hanya berada dalam satu kategori sahaja.

Bezanya ialah akan ada yang lebih dominan berbanding tiga yang lain.
Dan yang dominan itulah yang akan menentukan kategori yang mana.

Sebab itu perlu difahami bahawa bukan semua introvert itu adalah sama. Bukan semua introvert itu pendiam. Bukan semua introvert itu pemalu. Bukan semua introvert suka bersendirian.

Untuk diri saya sendiri pula, saya adalah tergolong di dalam kumpulan INTROVERT SOSIAL kerana ia lebih dominan. Tapi INTROVERT GEMENTAR pun macam dominan juga. Salah satu di antara dua ini kot. Yang pasti bukan INTROVERT BERFIKIR dan INTROVERT TENANG.

Jika kalian ingin lebih mengetahui berkaitan introvert, buku ini bolehlah dijadikan rujukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.