Kinabalu Hill Yang Dekat Dengan Kampung

Di ketinggian 145m. Rendah je.

“Cik Cam tau tak ada Kinabalu Hill kat sini?” tanya anak saudara saya ketika kami beramai-ramai bersembang di dapur rumah mak.

“Kat mana?” soalan saya jawab dengan soalan

“Dekat Jengka 12 je. Ramai dah pergi sana”, kata anak saudara saya lagi.

Saya pun membuat carian di youtube. Manalah tahu ada yang merakam video

menaiki Kinabalu Hill. Yes! Jumpa. Dalam facebook pun ada.

Jadi saya mula berkira-kira akan ke Kinabalu Hill juga satu hari nanti.

20 Ogos 2020

Balik kampung (Jengka) sebab akan ada mesyuarat sempena kenduri yang akan berlangsung lagi 2 minggu.

Tiba-tiba terancang nak naik Kinabalu Hill bersama dengan Kakti dan group Rosma. Diputuskan 23 Ogos tu kami akan naik Kinabalu Hill. Selepas subuh kami bertolak.

Anak saya, Aqilah saya bawa sekali. Afiqah tak sedap perut jadi tak dapat nak ikut.

 

Kinabalu Hill ini ketinggiannya 145m. Kami naik melalui laluan dalam ladang dan bukannya laluan lori/tanah merah. Kalau laluan lori, tak mencabar bagi saya dan tak terasa mendaki sangat.

Aqilah Dan Matahari

Setelah naik Kinabalu Hill ini, saya yakin anak-anak saya yang lain (tak termasuk Amirah) boleh naik juga nanti. Jadi saya berhasrat untuk bawa anak-anak saya yang lain pula nanti.

30 Ogos 2020

Sekali lagi menaiki Kinabalu Hill. Kali ini kami berlima. Saya, Aqilah, Afiqah, Afifah dan anak saudara saya iaitu Hafiz.

Kami Anak Malaysia!

Memandangkan sambutan hari kemerdekaan sudah hampir tiba, maka mereka memakai baju bertemakan Malaysia.

Asalnya saya hendak bawa anak-anak melalui jalan lori, tapi saya rasakan laluan merentas ladang lebih seronok. Jadi kami pun melalui jalan ini.

Afifah cuba menadah matahari.

Afiqah juga tidak melepaskan peluang.

Ketika kami sampai di atas, tidak ada orang lain. Setelah agak lama, kami pun turun. Juga melalui jalan yang sama.

Menikmati pemandangan

Begitulah serba sedikit pengalaman menaiki Kinabalu Hill, yang tak jauh pun dari kampung saya. Di era media sosial yang boleh dimiliki oleh sesiapa pun, banyak lokasi yang tak diketahui mudah ditularkan. Itu antara kebaikan menggunakan media sosial.

Seterusnya saya merancang hendak mendaki Bukit Seladang! Nantikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.