Bila Pertama Kali Naik Bukit Seladang

Lelaki yang baru nak belajar menyertai aktiviti mendaki.

Saya ada menonton video orang naik Bukit Seladang di youtube dan baca cerita-cerita di Facebook. Rasa macam berminat nak cuba.

Kebetulan hujung minggu ini tak ada nak balik kampung atau pergi daerah lain, jadi saya rancang nak naik Bukit Seladang,

Sebelum subuh, kami sekeluarga bertolak dari rumah. Berhenti solat subuh di Masjid Kelibang, kemudian terus menuju ke Jerantut.

Ketika mula hendak menghampiri lokasi, kelihatan sudah banyak kereta di tepi jalan. Mereka naik lebih awal. Kalau ikut cerita kawan saya, ada yang mendaki sebelum subuh.

Dari titik mula sudah nampak laluan mendaki. Nampak pacak! Bila saya mulakan pendakian, memang pacak pun! Waktu itu pun sudah ramai yang mula turun.

Mencabar sangat bagi saya untuk menakluki jalanan pacak ini. Waktu berselisih dengan salah seorang yang sedang menuruni jalan tersebut, saya tanyakan jauh lagi ke untuk sampai ke atas.

Katanya, jarak tu tak berapa jauh cuma nak naiknya memang pacak! Jangan paksa diri katanya. Langkah perlahan-lahan. Patah lagi bila dia tahu ini adalah kali pertama saya naik Bukit Seladang ini.

Saya lupa nak set masa secara tepat. Tiba di CP1 anggaran dalam 25 minit perjalanan dimulakan.

Berehat dulu disitu. Ramai yang sedang mengambil gambar. Saya hanya ambil penanda CP1.

CP1. Ketinggian 294m.

Kemudian saya naik lagi menju ke CP2. Hanya ikut belakang orang.

Dalam 10 minit kemudian sampailah di CP2.

CP2. Ketinggian 370m.

Seingat saya ada CP3 iaitu titik terakhir iaitu di puncak. Tapi mereka yang sedang berada di CP2 ini kelihatannya seperti sudah selesai. Tak tau sama ada mereka sudah pun naik ke CP3 ataupun sengaja tidak mahu naik ke situ. Atau juga mungkin akan naik kemudian. Saya pun ambil keputusan tunggu dahulu di sini. Mungkin ada yang akan naik nanti. Itu yang saya fikirkan. Tapi, setelah lama di CP2 ini, mereka tetap bersantai-santai di situ.

Laluan ke CP3 pula tidak ada penunjuk arah. Betulkah apa yang saya tahu ada CP3?

Di sebalik samar-samar kabus, saya nampak ada yang menuruni jalan tanah merah.  Saya mula bergerak menuju ke arah mereka. Kelihatan 2 orang lelaki berbangsa cina bersama 2 ekor anjing.

Saya tanyakan, itukah laluan untuk naik ke atas?

Lelaki itu mengiyakan dan katanya bila sampai di atas mungkin hanya nampak kabus sahaja.

Saya tanyakan lagi, sama ada masih ada yang berada di atas. Katanya ada walaupun tak ramai.

Lalu saya pun mulakan pendakian menuju ke titik terakhir.

Menuju ke CP3.

Akhirnya saya tiba di CP3! Kelihatan ada 4 orang di situ yang sedang asyik bergaya mengambil gambar. Mereka datang dari Kuala Lumpur.

Alhamdulillah sampai di puncak! Ketinggian 444m.

Selepas mereka selesai mengambil gambar, lalu ditawarkan kepada saya untuk ambil gambar saya. Sebab mereka lihat saya hanya mendaki seorang.

Mujur ada orang tolong ambilkan gambar.

Di sini saya lupa untuk berhentikan apps pendakian saya di jam tangan. Setelah agak lama baru saya sedar. Tempoh masa bermula dari jalan menuju ke titik mula sehingga di atas setelah baru sedar belum berhentikan apps, mengambil masa 1 jam 13 minit.

Selepas 1 jam 13 minit baru teringat nak berhentikan app.

Kesimpulannya saya tidak tahu berapa tempoh masa yang saya ambil. Saya agak mungkin hampir 1 jam.

Memandangkan isteri dan anak-anak ada di kereta menunngu saya selesai mendaki, jadi saya tidak boleh berlama-lama di atas. Saya pun mulakan perjalanan untuk turun.

Kali ini saya melalui jalan lain (sebab ikut group di hadapan yang nak cuba jalan lain). Perjalanan mengambil masa 29 minit dan laluan ini lebih pendek dan lebih curam. Mendebarkan masa turun. Risau tergolek. Jaraknya 1.76km. Mendaki pula 2.79 termasuk singgah di CP2.

Seronok dapat naik ke atas. Seronok dapat lakukan sesuatu yang baru. Sebagai ‘newbie’, memang mendebarkan masa menuruni Bukit Seladang ini.

Oh ya, Bukit Seladang ini juga dikenali dengan nama Bukit Pokok Sebatang. Tapi pokoknya sudah ditebang. Sempat juga saya mengambil gambar di tunggul pokok tersebut.

Tinggallah tunggul nan sebatang.

InsyaAllah saya akan cuba lagi pada masa akan datang. Harap tak lupa matikan apps ketika sampai di puncak.

Di mana lagi hendak saya daki selepas ini? 😎

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.