Hasrat Hati

Jika ditanya tentang impian dan harapan saya berhubung dengan kerjaya saya, sebenarnya tidak sukar untuk dinyatakan. 

Lain orang lain cita-citanya. 

Sebab itu saya tidak berapa gemar bercerita tentang gred, pangkat, ataupun impian-impian jawatan akan datang. Saya sekadar meraikan perbualan dan soalan yang ditanyakan.

Malahan dengan jawatan sekarang pun saya kira sudah memadai. Saya adalah orang yang mementingkan kebersamaan dalam keluarga. Cukuplah setahun melalui fasa tidak tinggal bersama isteri dan anak-anak. Walaupun ketika itu saya tinggal bersama mak di kampung, tapi mengerti benar saya akan susahnya isteri bersama anak-anak ketika itu.

Itu juga antara faktor isteri saya berhenti kerja dan kami kembali tinggal bersama di Temerloh. 

Sementelah perniagaan kami juga sudah bertapak di Temerloh. Rumah pun sudah dibeli. Apa lagi yang kami mahu? 

Saya sebenarnya tidak berharap untuk bertugas di daerah yang jauh dari tempat tinggal kami sekeluarga. Disebabkan itu saya tidak berhasrat dinaikkan pangkat jika apa yang perlu saya lakukan kemudiannya ialah berpindah.

Biarlah saya dilihat tidak mempunyai kemajuan kerjaya. Asalkan saya dapat tetap tinggal bersama keluarga saya. 

Itulah hasrat saya. Biarlah bakti saya diberikan di mana tidak ada pengorbanan terhadap keluarga perlu dilakukan. 

Itu tentang saya. Orang lain mungkin lain pendapatnya kerana kita mempunyai perspektif yang pelbagai dan perancangan hidup yang berbeza.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.