Busana Melayu: Warisan Sebagai Kenangan Atau Terus Malar Segar

Berbusana Melayu di Maldives

Dahulu saya terperangkap dalam pemikiran bahawa busana Melayu akan tampak indah dalam suasananya yang berlatarbelakangkan pada eranya.

Jika hendak diambil gambar berbusana Melayu, tidak perlu ada jam tangan. Apatah lagi peralatan moden seperti telefon bimbit, ipad, gopro dan seumpama. Begitu juga tanpa ada kenderaaan ketika bukan di eranya.

Kelihatannya seperti bersifat alami dan kita seolah ditarik ke satu dimensi masa yang telah lama berlalu.

Lama kelamaan, saya merasakan bahawa busana Melayu ini mengapa harus dilihat sedemikian. Zaman berubah. Begitu juga gaya hidup. Bahkan kepesatan teknologi juga terkadang sukar dikejar. Mengapa tidak busana Melayu ini seiring dan sejalan dengan apa yang berlaku. Biar berlaku perubahan, namun warisan Melayu ini tetap tidak dilupakan.

Kini masyarakat diajak kembali untuk menjadikan memakai tanjak bukan sesuatu yang gharib. Itu satu kempen yang saya sokong. Kempen yang dalam masa yang sama menjadikan warisan kita tetap hidup pada era yang berbeza.

Tinggal lagi mahu ataupun tidak.

Busana Melayu ini diharap bukan sebagai warisan untuk dikenang sahaja, tapi diharapkan ia menjadi pakaian yang sudah menjadi kebiasaan kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.