Tentang Sahabat

Bait kata-kata Al-Fadhil Ustaz Mohammad Rozie Bin Mohd Rejab:

Sahabat sekalian. Al -Imam Muhammad Bin Idris Asy-Syafie r.a pernah berpesan dengan kata-kata yang sangat indah sekali.

Jika engkau punyai sahabat yang selalu membantumu dalam jalan ketaatan kepada Allah s.w.t, maka peganglah mereka erat-erat. Jangan sekali-kali engkau lepaskan mereka. Kerana mencari sahabat yang mendekatkan kita kepada Allah, sahabat yang baik itu, sifatnya terlalu susah untuk kamu dapatkan ia. Tetapi ingat, melepaskannya amat mudah sekali.

Rupa-rupanya diriwayatkan bahawa apabila ahli syurga memasuki syurga yang merupakan negeri abadi penuh dengan nikmat, apabila nama mereka diseru, mereka bertakbir, bertahmid, berlari-lari menuju ke syurga. Tiba-tiba apabila sampai di dalamnya, wajah mereka berubah. Dari girang tadi kepada seakan-akan terkejut kerana mereka mencari-cari sahabat tadi di dunia mereka tidak temui di dalam syurga.

Lalu mereka bertanya kepada Allah s.w.t:

“Ya Rabb, kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia dahulu mereka solat, mereka berpuasa, dan mereka berjuang bersama kami menegakkan kalimahMu ya Allah.”

Lalu Allah berfirman kepada mereka:

“Wahai hambaku, pergilah kamu ke neraka. Keluarkan sahabat-sahabatmu yang di dalam hatinya, dalam qalbunya ada iman walau seberat timbangan zarah.”

Lalu mereka berkejar pula ke neraka. Mencari sahabatnya seorang demi seorang. lalu dipegang tangannya dengan erat dan diseru, “Ke mari sahabatku. Allah telah mengampunkan dirimu. Marilah kita ke syurga Allah. Negeri yang kekal nan abadi.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.