Bukan Sekadar Angan-Angan

Pulau Nami, Korea Selatan.

Sebelum lamaran terhadap isteri saya dibuat oleh Ustaz saya bagi pihak saya, saya suarakan tentang segumpal resah yang bermukim di antara sudut hati saya.

Saya katakan tentang bezanya antara kami. Saya orang biasa di kampus sedangkan dia di kalangan pimpinan di zaman kampus.Lalu Ustaz saya meneguhkan hasrat yang saya nyatakan.

Katanya, “InsyaAllah jika dia terima anta, dia akan terima apa yang yang ada pada diri anta. Kalau anta jadi suami dia, pasti dia akan hormat anta sebagaimana sepatutnya. Lagi-lagi bila dia faham agama.”

“Tentang zaman kampus, ia dah pun berlalu. Yang penting apa yang akan berlaku pada masa sekarang dan akan datang.”

“Nanti ana tanya dia dan ana bagitahu apa keputusannya,” kata Ustaz saya lagi.

Begitulah kisah awalnya. Masa terus berlalu dan sedar tidak sedar usia pernikahan saya menjangkau ke usia 12 tahun dan dikurniakan empat orang puteri.

Dalam sebuah rumahtangga yang dilalui ini kita akan sentiasa belajar. Belajar dan terus belajar.Antara yang perlu dilapangkan hati ialah ‘aku ada kekurangan dan dia ada kekurangan’. Itu yang sentiasa saya sematkan. Kekurangan itu bukan untuk dipersenda tapi untuk ditampung. Jika tidak dapat diubah, maka terimalah. Bukankah banyak lagi kelebihan yang ada?

Begitu juga dalam mengenali personaliti kami masing-masing. Saya introvert dan isteri saya extrovert/extravert. Dua ciri yang berbeza. Lalu kami belajar untuk meraikan personaliti masing-masing. Sebagai contoh, dalam sesuatu majlis mungkin saya sudah terasa lelah dengan suasana yang ramai atau bersama dengan orang yang saya tidak kenali, sedangkan isteri saya begitu teruja dapat berbual dan berbicara.

Saya akan cuba mengatasi rasa tidak selesa itu dengan pelbagai cara saya sendiri dengan harapan supaya isteri saya akan dapat memenuhi keinginan sosialnya. Di pihak isteri saya, tidak pula mengambil kesempatan bahkan akan memendekkan masa mengikut keperluan. Orang kata situasi menang menang. Masa akan menjadi guru yang terbaik. Kepekaan kepada pasangan itulah kuncinya.

Jika ditanya lagi, apakah yang perlu ada dalam sesebuah perkahwinan, jawapan saya ialah memahami kedudukan kewangan bersama. Keperluan, kehendak, impian segalanya berkait rapat dengan kewangan. Duduklah berbincang. Bebanannya bukan untuk diserahkan kepada seorang. Benar nafkah itu di pihak suami tetapi isteri perlu tahu kemampuan suami. Lalu kita akan belajar mengurus kewangan kita. Belajar berkongsi apa yang ada.

Melalui alam perkahwinan bukan hanya tentang angan-angan untuk menatap langit malam dan mengira bintang yang bersinar bersama. Bukan hanya tentang perasaan-perasaan indah. Ia lebih dari itu. Semuanya perlu dikemudi dengan akal yang rasional dan pertimbangan yang waras.

Semoga kita semua akan terus berusaha membina syurga rumahtangga di dunia untuk syurga di sana kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.