Bukit Keluang

Lepas daki Bukit Panorama, saya sudah tidak mendaki. Berlari pun suam-suam kuku. Entah sibuk dengan urusan lain.

Baru-baru ini pergi ke Besut. Terus saya masukkan rancangan untuk mendaki Bukit Keluang.

Saya dah mula mendaki, isteri dan anak-anak bergambar di kaki bukit.

Asalnya hendak mendaki pagi esoknya tapi elok pula cuaca petang ketika sampai.

Dalam jam 6.00 petang saya mula mendaki bersama Syamim, anak Kak Laili dan Cikgu Abdul Rahim. (Baca entri sebelumnya).

Risau juga kalau dah lewat sebab maghrib masuk awal. Masa sampai ada juga yang baru hendak naik.

Lebih kurang 15- 20 minit masa diambil untuk sampai ke puncak.

Di Puncak Bukit Keluang

Pun di atas tak dapat nak berlama-lama. Pemandangan memang cantik tapi tak ambil gambar banyak. Juga sebab hendak kejar masa.

Gayat juga berdiri di tebing ini.

Esoknya, hanya datang ke Pantai Bukit Keluang. Anak-anak lama tak main pantai. Orang pun tak ramai sebab bukan hari cuti. Seronoklah mereka.

Menanti sesuatu yang tidak diketahui.

Saya teringin hendak ke air terjun. Harap dapatlah ke air terjun pula nanti.

Bukan Maldives ya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.