Jaulah Ukhwah Ke Pasir Puteh dan Besut

Ketika menerima undangan ke majlis perkahwinan daripada Cikgu Haji Misran, terus saya lihat kalendar. Tarikh majlisnya 31 Oktober 2020, hari Sabtu.

Otak ligat menyusun rencana. Jemputan ini sudah lama ditunggu. Dulu kami sama jemaah ketika menunaikan umrah. Lokasi majlisnya di Kampung Nara, Pasir Puteh, Kelantan.

Bersama Cikgu Haji Misran ketika menunaikan umrah.

Terfikir hendak singgah di Besut. Lalu saya susun semula jadual kerja. Apatah lagi isteri saya sudah lama menyatakan hasrat untuk ke rumah Kak Laili di Besut. Hasil musyawarah, dan juga keterujaan Kak Laili mendapat khabar tersebut (lalu diminta untuk kami menginap di rumahnya), jadualnya disusun seperti berikut:

Jumaat, 30 Oktober – Balik ke Marang
Sabtu, 31 Oktober – Menuju ke Kampung Nara, hadiri majlis perkahwinan. Kemudian terus patah balik menuju ke Besut. Bermalam.
Ahad, 1 November – Tengah hari balik ke Marang.
Isnin, 2 November – Pulang ke Temerloh.

Kampung Nara, Pasir Puteh

Kali terakhir bertemu dengan keluarga Cikgu Haji Misran ini ketika bercuti ke Kota Bharu pada awal tahun. Alhamdulillah dapat memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan anaknya (juga jemaah umrah yang sama).

Bergambar sebelum balik.

Memandangkan masih dalam tempoh PKPP kami tidak dapat berada lama dalam majlis tersebut.

Berangan hendak memiliki rumah seperti rumah Cikgu Haji Misran. Tapi tidak ada tanah sebesar ini.

Kemudian terus bertolak menuju ke Besut. (Patah balik patutnya sebab perjalanan pergi dah lalu Besut).

Besut, Terengganu

Dahulu saya pernah berkursus di ILIM , Besut. Pernah lalu Masjid Lapan Kubah atau dikenali juga dengan nama Masjid Russia. Tapi ketika itu saya tidak singgah.

Jadi, saya masukkan dalam agenda untuk bersama keluarga ke masjid ini. Cantik binaannya.

Masjid Lapan Kubah / Masjid Russia di Kampung Lapan Kotak

Setelah puas bergambar, terus menuju ke Kampung Raja – Rumah Kak Laili dan Cikgu Abdul Rahim.

Petangnya sempat saya naik Bukit Keluang bersama anak mereka, Syamim. ( Entri seterusnya akan diceritakan).

Keesokannya, berkelah di Pantai Bukit Keluang.

Kami Sekeluarga

Kalau ikutkan Kak Laili, hendak diajak ke air terjun tapi sebab tempoh masa yang singkat, insyaAllah akan dirancang kelak.

Saya pun tidak sempat hendak bertemu dengan Kanda Azman Ibrahim. Sebelum ini pun tidak sempat. Lagi satu saya berhasrat hendak membawa keluarga saya menikmati sate Jabi. Insya-Allah lain masa pula.

Begitulah sedikit cerita percutian singkat kali ini. Asalnya saya hendak masukkan perancangan ke Kota Bharu tapi faktor ketidakcukupan masa, maka beginilah jadual yang sempat dibuat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.