KLSCM2020VR: Larian Half Marathon Tapi Lajak Sampai 25km

Terdampar lepas berlari

Sepatutnya untuk larian half marathon jaraknya ialah 21.0975km. Tapi ketika saya buat larian HM sempena Kuala Lumpur Standard Chartered 2020 Virtual Run, jarak yang tercatat pada jam saya ialah 25km.

Ini adalah sebabnya.

Ketika larian hendak dimulakan, saya buka app KLSCM VR. Untuk submit keputusan larian ada 3 cara.

1. Gunakan app KLSCM VR.

2. Gunakan jam yang boleh link dengan app tersebut.

3. Daptkan fail gpx untuk upload di web yang ditetapkan.

Saya menggunakan jam Amazfit GTR dan tidak termasuk dalam senarai yang boleh link dengan aplikasi tersebut. Jadi hanya ada 2 pilihan. Gunakan aplikasi tersebut atau data jam saya salam bentuk gpx dimuatnaik ke web yang ditetapkan.

Untuk langkah berjaga-jaga saya fikir elok saya buat dua-dua sekali. Jadi ketika larian hendak dimulakan, saya on aplikasi KLSCM VR dan Outdoor Running di GTR saya.

Ternyata jarak yang dipaparkan di app dan jam adalah berbeza. App tersebut jaraknya lebih pendek. Ketika jam saya sudah cukup 21km, aplikasi tersebut masih belum.

Dengan harapan dapat terus submit melalui aplikasi tersebut jadi saya putuskan untuk berlari sehingga sampai jaraknya yang dipaparkan.

Cukup 21km, aplikasi tersebut membuat pengumuman jaraknya sudah sampai untuk Half Marathon. Saya sangkakan kiraan jarak tersebut akan terus berhenti. Tetapi tidak.

Jadi saya tambahkan sedikit lagi jarak. Eh, kena tekan stop secara manual ke? Tanya saya sendirian.

Saya tekan butang stop. Keluar notifikasi, masih belum cukup jarak.

“Kau dah kenapa app?” gerutu saya sendirian. Lalu saya teruskan larian.

Cuba tekan butang stop lagi sekali. Juga keluar notifikasi belum cukup jarak.

Geram pula saya. Takkan nak suruh saya lari Full Marathon kot.

Saya lari lagi untuk tambah jarak. Juga keluar notifikasi yang sama bila tekan stop.

Saya pun tekan setuju untuk berhentikan. Kesannya ialah catatan larian saya itu tidak direkod. 😡

Saya lihat jarak pada jam saya. Sudah alang-alang lebih HM, eloklah saya habiskan sehingga 25km.

Sebab itu larian yang saya buat sehingga 25km.

Untuk submit rekod larian saya pula sehingga semalam masih tidak berjaya fail gpx dihantar melalui web yang diberikan.

Cuma pagi tadi saya hantar fail tersebut melalui emel. Ramai yang komplen pasal aplikasi yang digunakan oleh KLSCM ini. Bahkan turut mengalami nasib yang sama seperti saya.

Adakah saya akan membuat larian lagi sekali sebelum tarikh tamat?

Rasanya tak. 😬

Walaupun belum direkodkan secara rasmi di leaderboard yang saya sudah menamatkan larian HM, saya tahu yang saya sudah menamatkannya malahan dengan jarak yang lebih jauh. 😅

Begitulah kisahnya larian HM saya kali ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.