CARLOS-CASE CLOSED

Kulit hadapan novel

Buat penggemar novel Ramlee Awang Murshid, masih adalah yang belum membaca novel terbaharu bertajuk CARLOS -CASE CLOSED?

Novel ini tidak ada dijual di kedai buku. Hanya boleh membelinya melalui atas talian. Cetakan pertama telah pun habis dijual. Untuk tempahan kedua, sudah dibuka dan akan mula dipos bermula 18 Disember 2020.

Tempahan boleh dibuat melalui pautan ini -> http://bit.ly/CarlosolehRAM

Saya sendiri antara yang telah memilikinya ketika pra tempahan dibuat untuk cetakan pertama.

Saya dan Carlos-Case Closed

Carlos kembali lagi. Bagi yang pernah mengenali Carlos ini, pastu akan teringat novel MANDATORI. Bahkan pernah juga diselitkan dalam novel MAGIS.

RAM seperti biasa akan menggunakan latar waktu yang berbeza di dalam penceritaannya.

Carlos -Case Closed bermula dengan prolog ‘5 Tahun Sebelum Hari Ini..’ dan ‘25 Tahun Selepas Hari Ini…’

‘5 Tahun Sebelum Hari Ini…’ memaparkan tragedi yang berlaku ke atas Kassim dan Haslin di Villa Syurgia.

Manakala ‘25 Tahun Selepas Hari Ini…’ adalah pertemuan Bilal Piut dan Mayang.

Novel kali ini, sekali lagi RAM bermain dengan psikiatri. Berbelit-belit. Tapi jika sudah biasa dengan gaya jalan ceritanya, hampir boleh diagak simpulan-simpulan yang disediakan. Cuma hanya menunggu apakah telahan kita benar belaka.

Jika anda peminat novel RAM, bolehlah dapatkan novel ini melalui pautan yang telah diberikan tadi.

Terima kasih sudi baca.

Hisham, Temerloh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.