35 Tahun Ayah Pergi

149081996_10220095099911835_8023664308336808615_n

15 Februari 1986 – 15 Februari 2021

Sudah 35 tahun ayah meninggal dunia. Pergi tak kembali meninggalkan mak dan kami 9 beradik ketika itu. Mak pada ketika itu berusia 37 tahun. Abang (18), Kakak (16), Kakngah (14), Bangli (12), Kakti (9), Bangman (7), saya (4), Ani (3) dan Adik (4 bulan).

Di usia 4 tahun, hanya beberapa serpihan memori bersama ayah yang terakam dalam ingatan. Kenangan bersama ayah yang membawa saya dan Bangman solat di masjid. Malah terbayang jelas saat ayah menggunting rambut jemaah masjid di parkir kenderaan di masjid. Dan saya pula sesekali mengerling melihat ayah sambil mengutip batu-batu di jalan. Bermain seorang diri.

Ada satu ketika sebelum tiba waktu solat, ayah menyuruh Bangman dan saya tidur sebentar di bahagian tepi masjid. Lalu ketika kami dikejutkan, ayah berikan kotak mancis cap cili kepada kami. Lalu kami buka dan di dalamnya terdapat syiling 20 sen. Saya dan Bangman gembira. Ayah pastinya lebih gembira.

Ketika Bangman berada dalam darjah satu, ayah pernah membawa saya bersama. Masuk ke dalam kelas. Meja di dalam kelas saya pegang. Yang ada di fikiran saya ketika itu ialah sebuah harapan dan keinginan. Berkata saya di dalam hati, “Tak sabarnya nak sekolah macam ni nanti.”Entah kenapa, sehingga ke saat ini memori itu kekal bersama saya. Mungkin kerana ayah pergi selamanya selepas itu.

Ayah, berdiri di tepi.

****

Pagi 15 Februari 1986.

Saya lihat Bangli bergegas menuju ke rumah jiran. Saya di laman rumah hanya melihat suasana yang agak lain daripada biasa. Kemudian tahulah saya bahawa ayah baru meninggal dunia.

Di dalam rumah, saya duduk di tangga. Memerhatikan ramainya orang yang datang. Jenazah ayah ada di situ. Mata terpaku menatap.

Datang kawan sepermainan saya. Lalu ditanyakan soalan kepada saya, “Isam, kau tak sedih ke ayah kau dah meninggal?”

Dengan mata terpaku pada jenazah ayah, ada rasa sayu di hati dan perlahan saya jawab, “Tak tau”.

Ayah pergi di usia 45 tahun.

***

1 September 2011 (2 syawal 1432).

Kakak pula pergi meninggalkan kami. Sebelumnya Abanglong meninggal pada 2007. Tinggallah empat orang anak mereka yang menjadi tanggungjawab kami semua.

***

29 Januari 2021.

Adik pula dijemput Allah mendahului kami. Dan siapa sangka, adik termasuk di dalam statistik kematian kerana covid19.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa seluruh ahli keluarga yang telah pergi mendahului. Kelak kami akan menyusul menuju ke negeri abadi.

#TentangRindu#TentangHati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.