Blessing In Disguise

Tragedi Ogos 2018 menyebabkan saya membuat satu ketetapan; Cameron Highlands tidak akan menjadi pilihan untuk bercuti di waktu cuti. Apatah lagi untuk pergi ke Big Red Strawberry Farm kerana di situlah tragedi mengerikan berlaku.

Kesesakan di hadapan BRSF yang tinggi memuncak menuju ke kawasan parkir itulah pemulanya. Entah bagaimana kereta saya hilang keupayaan untuk mendaki dan secara tiba-tiba mengundur ke bawah walaupun dalam keadaan gear D. Hampir-hampir merempuh kereta abang ipar di belakang. Ngeri.

Sejak kejadian itu, saya seakan fobia melihat jalanan yang mendaki begitu tinggi. Apatah lagi dengan kesesakan yang teramat.

Selepas daripada itu, ada juga saya terpaksa ke sana atas urusan kerja dan syukurlah pergi di hari bekerja dan jalanan tidaklah sesak. Tapi, lokasi kejadian yang saya alami itu sehingga ke hari ini tidak pernah lagi saya jejaki. Tidak sedikit pun ada perasaan untuk mengunjunginya sekali lagi.

Kita sedia maklum, Cameron Highlands merupakansalah satu destinasi yang menjadi pilihan ramai. Pernah saya bertanya kepada anak-anak, teringinkah untuk pergi ke Cameron Highlands?

Nak!!

Begitulah jawapan anak-anak. Saya tidak mahu menghampakan mereka tapi dalam masa yang sama saya ‘takut’ untuk berdepan dengan kesesakan di sana. Lebih-lebih lagi jika sesak di jalanan yang sedang mendaki. Berombak-ombak dada membayangkan.

Mungkin saya akan bawa keluarga ke sana ketika bukan cuti hujung minggu ataupun bukan ketika cuti sekolah. Itulah yang yang rancangkan.

Blessing in disguise. Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik PKPP yang dilaksanakan. Rentas negeri tidak dibenarkan.

Selepas kematian adik saya, banyak urusan berkaitan harta pusaka saya uruskan. Hampir setiap minggu pulang ke Jengka.

Ketika pengumuman rentas daerah dibenarkan, saya membayangkan untuk membawa anak-anak merasai suasana baru setelah lama berkurung dan berulang-alik ke Jengka setiap minggu.

Entah bagaimana terus saya terbayangkan Cameron Highlands. Pasti pengunjung tidak ramai. Petang Rabu (17 Mac 2021) saya suarakan cadangan saya kepada isteri. Tanpa teragak-agak terus dipersetujui. Sabtu dan Ahad akan bercuti di Cameron Highland. Malam itu juga kami menempah penginapan.

Saya tanyakan kepada isteri apakah lokasi yang ingin dikunjungi.

“Yang ada coklat tu” kata isteri saya.

“Lepas tu nak makan scone”, tambahnya.

Disebabkan kami pernah pergi ke Cameron Highlands dan ada beberapa lokasi yang pernah dikunjungi, rancangan kali ini hanyalah tertumpu ke tempat yang belum pernah sampai.

Tidak banyak yang kami pergi tapi memadailah dalam tempoh masa yang ada.

Cameron Valley Tea House 2

Sesampainya di destinasi. Bersama anak-anak.

Perjalanan kami seawal 6.45 pagi. Destinasi pertama yang dikunjungi ialah Cameron Valley Tea House 2. Lega kerana tidak ramai orang ketika kami sampai.

Syok tak ramai orang!

Bersarapan di sini. Kami tidak turun pun ladang teh. Hanya bersarapan sahaja. Berbanding dengan CVTH1, kami memilih yang ini kerana ia lebih besar dan parkir pun mudah.

Sarapan di sini.

Avant Chocolate & Ice Cream

Destinasi kedua yang kami kunjungi. Saya kongsikan gambar-gambar yang kami ambil di situ. Walaupun ada perkataan ‘chocolate’ tapi kami tidak beli pun coklat. Hanya beli aiskrim sahaja. Selebihnya acara bergambar.

Pelbagai pilihan aiskrim

Perjalanan pergi dan balik akan bertemu dengan sekatan jalan raya. Sebabnya Avant Chocolate & Ice Cream terletak hampir sangat dengan negeri Perak.

Bila ditanya oleh polis hendak ke mana, saya hanya menjawab “Avant Chocolate” dan terus dilepaskan.

Selesai mengunjungi Avant Chocolate & Ice Cream kami menuju ke tempat penginapan iaitu Begonia Homestay yang terletak di Kg Sedia.

Begonia Homestay.

Highland Steamboat Cheese & Grill

Menjelang petang setelah berehat sebentar, kami pergi ke Highland Steamboat Cheese & Grill untuk acara makan-makan.

Gambar ada la beberapa keping. Sebab sibuk makan. (-,-‘)

Puas makan setelah berpenatan.

Selesai makan, kami pergi ke Pasar Malam Golden Hill. Hajatnya hendak beli cenderahati. Anak-anak hendak beli untuk diberikan kepada kawan-kawan sekolah mereka.

Disebabkan PKPP, tidak banyak gerai yang ada. Kami hanya beli strawberry dengan coklat. Boleh makan ketika sampai di penginapan nanti. Jagung, keledek, makanan-makanan lain kami hanya pandang. (Nanti sesak dalam kereta).

Opah Strawberries & Jams

Nasi lemak opah

Pagi Ahad dengan hanya berjalan kaki menuju ke Opah Strawberris & Jams.

Selesai makan, singgah Abang Strawberry untuk beli sedikit buah tangan. Sebab beli banyak, dapat beg percuma. (Yang kemudiannya beg itu menjadi kegunaan saya pergi ke pejabat dan balik kampung ).

Next destinaton!

Cameron Lavendar Garden

Ketika pulang dari Avant Chocolate & Ice Cream semalam, kami telah lalui tempat ini tapi tidak singgah. Puncanya kerana nampak banyak kereta dan waktu yang tidak sesuai. Lalu saya cadangkan pergi hari ini.

Di sini ada khidmat ambil gambar. Tapi harganya memang membuatkan kami tak fikir banyak kali. Cukuplah beli sekeping, walaupun banyak gambar yang diambil.

Saya dan isteri membuat komen sesama sendiri. Kenapa tidak dijual gambar yang diambil itu dalam bentuk soft copy. Gambar-gambarnya memang cantik tetapi harganya menyebabkan mungkin melupakan hasrat untuk membelinya.

Gambar yang diambil oleh jurugambar.

Pelbagai gaya ketika gambar diambil dan mengambil masa yang agak lama juga. Katanya gambar yang tidak dibeli akan dipadamkan. Mengapa tidak dibuat pilihan membeli softcopy gambar tersebut? Sekurang-kurangnya dapatlah juga hasil setelah berpenat lelah mengambil gambar pengunjung.

Yogurt lavendar bersama strawberi

Kali pertama saya datang ke Cameron Lavendar Garden ini pada Februari 2018. Kebetulan ada urusan kerja jadi saya singgah sebentar. Kali ini sungguh berbeza dengan apa yang ada dahulu. Banyak tambahan-tambahan yang dibuat.

Selesai di sini, kami pun pulang semula ke tempat penginapan. Selepas zohor meneruskan perjalanan pulang.

Oh ya, sampai di Raub kami sempat berhenti untuk makan cendol durian.

Demikianlah perjalanan percutian singkat kami. Jika tidak kerana PKPP, mungkin kami tidak akan ke sini. Takut membayangkan ramainya pengunjung yang datang.

Benarlah ada hikmah di setiap kejadian. PKPP membolehkan kami bercuti di Cameron Highlands dengan rasa tenang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.