Acar Limau Bersama Ikan Masin Menyambut Ramadan

Ramadan hampir menjelang. Selain sibuk mengemas rumah untuk menyambut Ramadan (termasuk mengubah susunan perabot), saya sediakan juga acar limau ikan masin. Kononnya untuk membangkit selera ketika bersahur nanti.

Saya kongsikan resipinya di sini.

Bahan-bahan:

(A) Kuah

Untuk dikisar:
Cili kering (20 biji atau ikut suka)
Halia (lebih kurang 3 inci)
Bawang besar (2-3 biji)
Bawang putih (10 ulas)

Bahan ketika memasak:
Cuka (1/2 cawan)
Gula batu (50 gram)
Gula melaka (2 keping)
Gula pasir (5 sudu besar)
Minyak masak

(B) Acar

Limau jeruk (20 biji atau ikut suka nak banyak mana)
Ikan masin talang (200 gram/terpulang)
Bawang kecil (15 biji /terpulang)
Bawang putih (20 ulas /terpulang)
Kurma (25 biji/terpulang)
Halia (3 inci dihiris memanjang)
Kismis (250 gram/terpulang)
Lobak masin (150 gram)
Cili padi (25 biji/terpulang)
Biji bijan (5 sudu)
Biji sawi (2 sudu besar)

*Sebenarnya untuk bahan sebagai acar ni ikut suka nak letak banyak mana. Ikut pada kegemaran kita.

Cara buat:

  1. Sangai biji sawi dan biji bijan. Masak asing-asing. Kemudian ketepikan bersama bahan-bahan untuk acar.
  2. Goreng ikan talang. Toskan dan ketepikan bersama bahan-bahan acar.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
  4. Kacau sehingga naik minyak. Kalau nampak pekat, boleh tambah air.
  5. Masukkan cuka, gula batu, gula melaka dan gula pasir. Kalau tak rasa manis lagi, boleh tambah. Ikut selera masing-masing.
  6. Masak sehingga sebati dan naik minyak. Kemudian masukkan bahan-bahan acar kecuali biji sawi, biji bijan dan kismis.
  7. Akhir sekali masukkan biji sawi, biji bijan dan kismis. Masak dengan api perlahan.
  8. Masak sehingga minyak nampak berlenang.
  9. Siap. Biarkan sejuk dan kemudian bolehlah disimpan di dalam bekas.
Watak utama 😅
Ikan masin talang siap digoreng
Semua bahan sudah disatukan.

Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.