Ketika Menerima

Rasa bahagia bukan saja ketika menerima. Ajaibnya ketika memberi juga kita akan turut berasa bahagia. Walhal memberi itu selalunya mengurangkan apa yang kita ada. (Mengikut sifir matematik; operasi tolak).

Kerana itu Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “ Saling memberilah hadiah, nescaya kalian akan berkasih sayang.”

Ketika kita menerima pemberian daripada orang lain, mungkin ada saatnya kita perlu merahsiakan.

Saya nukilkan satu senario untuk dibayangkan.

Katakan saya menerima hadiah daripada A. Mungkin kerana rasa terharu, sangat bertera kasih kepadanya lalu saya ceritakan di media sosial. Entah bagaimana, kawan A terbaca. Walaupun secara berseloroh, kawan A bertanya kepada A kenapa dia tidak dapat. Ya, mungkin niat kawan A hanya sekadar gurauan, tapi bagaimana pula dengan perasaan A ketika itu.

Dahulu saya tidak pernah memikirkan tentang ini. Di saat gembira menerima pemberian, sering saja ingin berkongsi di media sosial. Malahan turut mendedahkan namanya.

Berlainan dengan seorang yang saya kenali. Ketika menerima hadiah daripada saya, dia akan menghantar mesej kepada saya. Menyatakan rasa terharunya. Tapi tidak pernah dia ceritakan di media sosial.

Di situ saya belajar bahawa ada kisah hidup yang perlu dirahsiakan. Bukan kerana untuk diri kita, tapi untuk menjaga hati orang lain.

Memang benar, ketika tangan kanan memberi biarlah tangan kiri tidak mengetahuinya. Dan kita yang menerima pula, biarlah menjadi kisah antara kita dan si pemberi sahaja.

Jika ingin turut dikongsi juga, biarlah dirahsiakan nama pemberinya. Kita bimbang ada hati yang akan terasa. Melainkan si pemberi tidak kisah untuk diceritakan.

Ini sekadar pendapat saya sendiri. Pendapat saya tidak semestinya sama dengan pendapat orang lain. Pendapat yang berbeza jangan pula menyebabkan kita tidak mahu lagi saling memberi hadiah. Teruskanlah amalan yang menjadi saranan Rasulullah ini. Sebarkan kebaikan dan kasih sayang, agar ia akan menghilangkan rasa benci dan dendam.

Terima kasih sudi baca.
#TentangHati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.