Pesan Mak

Rindu yang sukar dijelaskan.

Hari itu 3 Ramadan. Saya pulang ke Jengka untuk urusan harta pusaka di Pesuruhjaya Sumpah bersama mak dan Bangli.

Selesai urusan di Bandar Pusat, balik sebentar ke rumah mak sementara menunggu petang.

Masih saya ingat kata-kata mak.

“Sesama adik-beradik kena saling tolong menolong. Tak ada dah orang paling dekat. Yang perempuan kalau suami meninggal, adik beradiklah yang ada lagi paling dekat. Sebab itu yang laki ada banyak tanggungjawab. Bukan setakat keluarga sendiri.”

“Yang mati dulu tak tau siapa. Tengoklah macam adik. Kalau ikut umur, patutnya mak yang meninggal dulu. Lepas tu abang.”

Suara mak semakin sebak. Saya cuba menahan takungan air mata.

Mak sambung lagi.

“Tapi tak. Kakak yang meninggal dulu. Lepas tu adik. Padahal adik yang paling muda.”

Bulir air jernih mula mengalir membasahi pipi mak. Saya mengetap bibir menahan rasa sedih dan rindu. Memang benar rindu pada orang yang sudah pergi memang terasa sakitnya.

“Sebab tu mak harap, semua anak-anak mak jangan ada yang bergaduh, yang bermasam muka.”

Peribahasa klise yang selalu kita dengar, air dicincang tidak akan putus. Begitulah perumpamaan adik beradik. Walau berbeza perangai tapi tetaplah ada rasa kasih dan sayang.

Yang pergi dulu nanti, belum kita tahu. Sementara masih ada, inilah peluang untuk mencipta kenangan indah. Kerana kenangan yang indah itulah yang akan dikenang bila ada yang pergi nanti.

Hari ini sudah hari ke-95 adik tiada. Inilah gambar ketika menyambut hari raya aidilfitri bersama yang terakhir. Mak bersama abang dan adik.

Hari terasa sedih, sayu dan rindu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.