Spageti Aglio Olio

Versi ada chilli flakes

Beberapa hari lepas saya beritahu kepada isteri saya.

“Sedapnya makan spageti aglio olio. Lama tak makan.”

Segera isteri saya membalas.

“Ha ah bang. Abang buat la. Nak buat bila?”

Sebab sebelum-sebelum ini saya yang masak menu ini, jadi memang isteri saya akan serahkan kepada saya untuk buat.

Itu salah satu contoh buat-buat tak pandai. Padahal bukan susah pun nak buat. Dalam rumahtangga memang teknik seperti ini akan diamalkan oleh suami isteri. Secara tidak langsung kita akan rasa saling perlu memerlukan.

Jadi hari ini saya buat spageti aglio olio. Saya buat jenis yang mudah dan buat dua versi. Yang ada cili untuk saya dan isteri, yang tanpa cili untuk anak-anak.

Untuk anak-anak. Tanpa chilli flakes.

Nak buat tak susah. Asalkan ada spageti, minyak zaitun, bawang putih, garam, daun parsli kering, keju. Nak pedas sikit tambah cili. Tadi saya guna chilli flakes. Kemudian saya masukkan juga udang.

Mula-mula rebus spageti.

Dalam kuali lain, masukkan minyak zaitun, bawang putih yang sudah dicincang. Bawang putih ni kena ada banyak. Saya guna 15 ulas tadi untuk 400 gm spageti. Kalau letak lagi banyak bau lagi sedap. Kacau jangan bagi hangit.

Masukkan udang, masukkan spageti. Kacau-kacau biar sebati. Masukkan garam untuk dapatkan rasa yang kita nak.

Masukkan juga daun parsli. Kacau bagi sebati dan siaplah ia.

Hidangkan. Oh ya, taburkan keju sesuka hati.

Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.