
Masa kemas-kemas dapur untuk wujudkan seksyen bakeri, saya jumpa set bahan takoyaki yang belum digunakan.
“Sedap ni kalau buat okonomiyaki”, kata saya dalam hati.
Kalau saya tak guna tepung ni, memang tak ada harapan la ia akan digunakan.
Untuk sarapan pagi ini saya buat okonomiyaki.
Sebab saya berminat sangat nak buat okonomiyaki ialah ketika menonton drama lakonan Hiroshi Abe iaitu Kekkon Dekinai Otoko.
Baiklah, ini cara-cara saya buat okonomiyaki.
1 cawan tepung takoyaki
3/4 cawan air
2 biji telur
1/2 tiub egg tofu (sebab tak ada yamaimo)
1/2 biji kobis dipotong halus
1 cawan udang
Campurkan kesemua bahan ini dan gaul sebati.
Panaskan kuali dengan minyak. Macam nak buat lempeng. Okonomiyaki ini pun sejenis lempeng juga.
Masukkan sesenduk adunan tadi. Masak hingga keperangan atas dan bawah.
Dah siap masak letakkan di atas pinggan.
Sapukan sos takoyaki di atasnya. Ikut suka nak banyak mana. Kita yang nak makan.
Kemudian taburkan bonito flakes. Yang ini memang sedap dan aromanya tersangatlah rasa macam di Jepun.
Letak pula mayonis. Dan diakhiri dengan aonori.
Okonomiyaki sedia untuk dinikmati.
Oishi sangat!
Terima kasih sudi baca.