Bukan Sekadar Angan-Angan

Pulau Nami, Korea Selatan.

Sebelum lamaran terhadap isteri saya dibuat oleh Ustaz saya bagi pihak saya, saya suarakan tentang segumpal resah yang bermukim di antara sudut hati saya.

Saya katakan tentang bezanya antara kami. Saya orang biasa di kampus sedangkan dia di kalangan pimpinan di zaman kampus.Lalu Ustaz saya meneguhkan hasrat yang saya nyatakan.

Katanya, “InsyaAllah jika dia terima anta, dia akan terima apa yang yang ada pada diri anta. Kalau anta jadi suami dia, pasti dia akan hormat anta sebagaimana sepatutnya. Lagi-lagi bila dia faham agama.”

Continue reading

Hari Ini 12 Tahun

“Macam mana Ayah meminang Ibu?” tanya anak saya.

“Ayah minta tolong ustaz Ayah tanyakan,” jawab saya.

Begitulah kisahnya. Saya minta Ustaz saya tanyakan kepada isteri saya, sudi atau tidak menerima saya jika saya melamar. Ketika itu kami masing-masing sudah bekerjaya. Jawapannya positif. Lalu Ustaz saya menyuruh saya ambil tindakan seterusnya. Kami pun bertunang.

Memang kami sama-sama dalam satu jabatan di pusat pengajian. Malahan sama batch dan sama kelas. Tapi tidak pernah bertegur sapa.

Andai sudah jodoh, siapa yang menyangka.

17.10.2008 – 17.10.2020, genap 12 tahun usia perkahwinan kami.

Tentang Sahabat

Bait kata-kata Al-Fadhil Ustaz Mohammad Rozie Bin Mohd Rejab:

Sahabat sekalian. Al -Imam Muhammad Bin Idris Asy-Syafie r.a pernah berpesan dengan kata-kata yang sangat indah sekali.

Jika engkau punyai sahabat yang selalu membantumu dalam jalan ketaatan kepada Allah s.w.t, maka peganglah mereka erat-erat. Jangan sekali-kali engkau lepaskan mereka. Kerana mencari sahabat yang mendekatkan kita kepada Allah, sahabat yang baik itu, sifatnya terlalu susah untuk kamu dapatkan ia. Tetapi ingat, melepaskannya amat mudah sekali.

Continue reading

Busana Melayu: Warisan Sebagai Kenangan Atau Terus Malar Segar

Berbusana Melayu di Maldives

Dahulu saya terperangkap dalam pemikiran bahawa busana Melayu akan tampak indah dalam suasananya yang berlatarbelakangkan pada eranya.

Jika hendak diambil gambar berbusana Melayu, tidak perlu ada jam tangan. Apatah lagi peralatan moden seperti telefon bimbit, ipad, gopro dan seumpama. Begitu juga tanpa ada kenderaaan ketika bukan di eranya.
Continue reading

Bila Pertama Kali Naik Bukit Seladang

Lelaki yang baru nak belajar menyertai aktiviti mendaki.

Saya ada menonton video orang naik Bukit Seladang di youtube dan baca cerita-cerita di Facebook. Rasa macam berminat nak cuba.

Kebetulan hujung minggu ini tak ada nak balik kampung atau pergi daerah lain, jadi saya rancang nak naik Bukit Seladang,

Sebelum subuh, kami sekeluarga bertolak dari rumah. Berhenti solat subuh di Masjid Kelibang, kemudian terus menuju ke Jerantut.

Ketika mula hendak menghampiri lokasi, kelihatan sudah banyak kereta di tepi jalan. Mereka naik lebih awal. Kalau ikut cerita kawan saya, ada yang mendaki sebelum subuh.

Continue reading

Kinabalu Hill Yang Dekat Dengan Kampung

Di ketinggian 145m. Rendah je.

“Cik Cam tau tak ada Kinabalu Hill kat sini?” tanya anak saudara saya ketika kami beramai-ramai bersembang di dapur rumah mak.

“Kat mana?” soalan saya jawab dengan soalan

“Dekat Jengka 12 je. Ramai dah pergi sana”, kata anak saudara saya lagi.

Saya pun membuat carian di youtube. Manalah tahu ada yang merakam video

menaiki Kinabalu Hill. Yes! Jumpa. Dalam facebook pun ada.

Jadi saya mula berkira-kira akan ke Kinabalu Hill juga satu hari nanti. Continue reading

Rapuh

“Berapa lama dah berkahwin?”

Itu soalan yang saya ajukan. Pasangan yang menemui saya itu kelihatan masih muda.

“Lebih kurang 3 bulan,” jawabnya.

Lalu saya minta penjelasan. Katanya setelah berkahwin sebulan, masing-masing tidak tinggal bersama kerana PKP. Sebulan tinggal bersama dan 2 bulan tinggal berasingan. Entah apa yang terjadi, lalu keputusan untuk menamatkan ikatan perkahwinan dibuat.
Continue reading