Bila Pertama Kali Naik Bukit Seladang

Lelaki yang baru nak belajar menyertai aktiviti mendaki.

Saya ada menonton video orang naik Bukit Seladang di youtube dan baca cerita-cerita di Facebook. Rasa macam berminat nak cuba.

Kebetulan hujung minggu ini tak ada nak balik kampung atau pergi daerah lain, jadi saya rancang nak naik Bukit Seladang,

Sebelum subuh, kami sekeluarga bertolak dari rumah. Berhenti solat subuh di Masjid Kelibang, kemudian terus menuju ke Jerantut.

Ketika mula hendak menghampiri lokasi, kelihatan sudah banyak kereta di tepi jalan. Mereka naik lebih awal. Kalau ikut cerita kawan saya, ada yang mendaki sebelum subuh.

Continue reading

Kinabalu Hill Yang Dekat Dengan Kampung

Di ketinggian 145m. Rendah je.

“Cik Cam tau tak ada Kinabalu Hill kat sini?” tanya anak saudara saya ketika kami beramai-ramai bersembang di dapur rumah mak.

“Kat mana?” soalan saya jawab dengan soalan

“Dekat Jengka 12 je. Ramai dah pergi sana”, kata anak saudara saya lagi.

Saya pun membuat carian di youtube. Manalah tahu ada yang merakam video

menaiki Kinabalu Hill. Yes! Jumpa. Dalam facebook pun ada.

Jadi saya mula berkira-kira akan ke Kinabalu Hill juga satu hari nanti. Continue reading

Impian Yang Dikejar

Sebulan lebih juga saya berusaha mencari tanah. Bersama isteri hal ini saya bincangkan terlebih dahulu. Antara impian kami ialah memiliki tanah untuk dibina rumah kemudiannya.

Ada satu tanah yang kami sudah tertarik. Sudah berangan-angan akan menetap di situ kelak. Kepada REN yang memperkenalkan tanah tersebut saya katakan kami sudah bersedia untuk membelinya.

Continue reading

Tentang Intovert Dalam Buku Pendiam.

unnamed

Dalam buku “Pendiam?: Memahami Personaliti Introvert Dalam Dunia Ekstrovert” (Penulis : Aiman Amri & Aqila Masri) yang saya baru selesai baca, introvert dikatakan memmpunyai 4 jenis di mana setiap satunya berbeza. Jenis-jenisnya seperti berikut:
1. Introvert Sosial (Social Introvert)

Golongan ini tidak suka bergaul dengan orang ramai dan lebih gemar bersendirian.
Mereka ini jugalah yang sering disalahfahami sebagai seorang yang pemalu dan janggal dalam suasana interaksi sosial, walaupun sebenarnya tidak.

Sebenarnya golongan ini bukan pemalu atau pendiam, tetapi mereka memang gemar bersendirian dan tidak ada masalah untuk keluar berseorangan, tengok wayang seorang diri atau keluar makan tanpa kawan.

Mereka MEMILIH begitu. Mereka memilih untuk menyendiri dan sebenarnya boleh saja bersosial tetapi hanya jika perlu. Continue reading

Ramadan 1441- Bukan Seperti Biasa

Siapa yang menyangka Ramadan kali ini berputar darjah keluarbiasaannya.

Kita masih belum menang menentang COVID19 dan kita juga masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

1 Ramadan kita masih di dalam PKP fasa ke 3 dan dilanjutkan lagi untuk fasa 4 sehingga 12 Mei 2020.

Tarawih kita bukan lagi di masjid/ surau. Kali ini tidak ada majlis berbuka puasa di masjid/surau.

Continue reading

Jalan Pintas

Wajib tahu Shortcut Keys System!!

CTRL+A. . . . . . . . . . . . . . . . . Select All
CTRL+C. . . . . . . . . . . . . . . . . Copy
CTRL+X. . . . . . . . . . . . . . . . . Cut
CTRL+V. . . . . . . . . . . . . . . . . Paste
CTRL+Z. . . . . . . . . . . . . . . . . Undo
CTRL+B. . . . . . . . . . . . . . . . . Bold
CTRL+U. . . . . . . . . . . . . . . . . Underline
CTRL+I . . . . . . . . . . . . . . . . . Italic Continue reading

Seperti Di Dalam Gua

pngtree-hand-drawn-cartoon-creative-cave-background-illustration-image_259997

Selesai solat maghrib kami sekeluarga mengisi dengan peringatan-peringatan untuk pedoman. Seperti biasa isteri saya yang banyak idea dalam berkata-kata paling banyak memberikan peringatan.

Perintah Kawalan Pergerakan memasuki minggu ketiga dan kali ini isteri saya membuat perumpaan beradanya di rumah seperti berada di dalam gua.

Lalu dikisahkan tentang kisah Nabi Muhammad S.A.W ketika beruzlah di Gua Hira’ dan kisah Ashabul Kahfi. Anak-anak mendengar dengan penuh minat.

Lalu ditekankan tentang penjagaan iman. Apa yang boleh dibuat dalam tempoh PKP ini terutama  terhadap anak-anak.

Saya hanya menambah untuk melihat dari dimensi berbeza. Continue reading

Keadilan?

Adakah ini keadilan yang diharapkan?

Lelaki: Saya tak bagi nafkah untuk anak sebab bekas isteri saya tak benarkan saya tengok anak.
(Menafikan tanggungjawab sebagai bapa).

Perempuan: Saya tak benarkan bekas suami lawat anak sebab dia tak bagi nafkah anak.
(Seolah-olah anak itu hanya milik dia seorang).

Adakah tindakan itu dibuat atas pertimbangan rasional atau emosi? Atau dendam?

Entahlah.

Tanyalah kembali; adakah kalian rasa penyelesaian terbaik ialah biarlah Allah ambil nyawa anak tersebut? Maka tiada lagi isu hendak melawat anak atau nafkah anak.

Mungkin bagi kalian itu lebih baik.