Ketika Menerima

Rasa bahagia bukan saja ketika menerima. Ajaibnya ketika memberi juga kita akan turut berasa bahagia. Walhal memberi itu selalunya mengurangkan apa yang kita ada. (Mengikut sifir matematik; operasi tolak).

Kerana itu Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “ Saling memberilah hadiah, nescaya kalian akan berkasih sayang.”

Ketika kita menerima pemberian daripada orang lain, mungkin ada saatnya kita perlu merahsiakan.

Saya nukilkan satu senario untuk dibayangkan.

Continue reading

Busana Melayu: Warisan Sebagai Kenangan Atau Terus Malar Segar

Berbusana Melayu di Maldives

Dahulu saya terperangkap dalam pemikiran bahawa busana Melayu akan tampak indah dalam suasananya yang berlatarbelakangkan pada eranya.

Jika hendak diambil gambar berbusana Melayu, tidak perlu ada jam tangan. Apatah lagi peralatan moden seperti telefon bimbit, ipad, gopro dan seumpama. Begitu juga tanpa ada kenderaaan ketika bukan di eranya.
Continue reading

Rapuh

“Berapa lama dah berkahwin?”

Itu soalan yang saya ajukan. Pasangan yang menemui saya itu kelihatan masih muda.

“Lebih kurang 3 bulan,” jawabnya.

Lalu saya minta penjelasan. Katanya setelah berkahwin sebulan, masing-masing tidak tinggal bersama kerana PKP. Sebulan tinggal bersama dan 2 bulan tinggal berasingan. Entah apa yang terjadi, lalu keputusan untuk menamatkan ikatan perkahwinan dibuat.
Continue reading

Belajar Melepaskan

Satu hal yang perlu kamu pelajari; terkadang orang yang kamu cintai boleh jadi sebenarnya tidak ditakdirkan untuk dimiliki. Bahkan mungkin saja hadirnya adalah untuk kamu lupakan di kemudian hari. Yang dengan pemergiannya meninggalkan parut luka di hati kamu.

Belajarlah untuk melepaskan. Ternyata dia tidak berhak menerima kalungan kasih dan sayangmu.

Semoga, dia yang yang mengganti tempatnya nanti adalah yang lebih baik untuk kamu. Yang lebih tulus berkongsi hati. Menerima kamu seadanya.

Pentas Yang Kita Lakonkan

Stage 2

All the world’s a stage. All the men and women merely players. They have their exits and entrances’. – Shakespeare. (As You Like It).

Hakikat Pentas Yang Ada

Ada satu pentas kitalah watak utamanya. Kita akan mula berada di atas pentas dari mula kelahiran kita dan berakhirnya watak kita ketika nadi kita sudah hilang denyutnya.

Sepanjang kita di atas pentas itu, orang lain adalah watak sampingan. Ada yang bersama dari mula kita beraksi sehingga tamat pementasan kita. Ada yang muncul di pertengahan pementasan kita dan di saat tirai dilabuhkan, mereka tetap kekal di atas pentas yang kita adalah watak utama. Dan tidak kurang juga yang datang dan pergi tidak tentu masa. Mereka muncul seketika kemudian berlalu meninggalkan pentas. Lalu muncul lagi. Hakikatnya kesemua mereka ini adalah watak sampingan. Continue reading

Hati Pasangan – Yang Terlupa Dijaga

Sudah minggu keempat kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sepanjang pemerhatian saya di facebook, semakin berkurangan hantaran tentang suami atau isteri yang menulis tentang kesilapan pasangan membeli barang-barang keperluan rumah.

Kelihatannya ia adalah gurauan dalam mengisi tempoh PKP. Sementelah masing-masing mungkin tidak betah berada di rumah dan dalam masa yang sama kebimbangan bilakah akan berakhirnya situasi ini. Lalu gurauan demi gurauan seakan menjadi penawar bagi rasa bimbang.

Cuma apa yang bermain di benak saya ialah apakah suami atau isteri itu telah mendapat keizinan masing-masing untuk menulisnya di media sosial?

Continue reading

Tersalah Pilih?

Bagi pasangan suami isteri, yang akhirnya hubungan berakhir dengan perceraian mungkin terdetik di dalam hati, terjadinya perpisahan kerana tersalah pilih.

Kerana tersalah pilih itulah ikatan itu terputus. Berakhir dengan sehelai kertas bernama Perakuan Perceraian. Benarkah?

Sebelum kalian menyalahkan diri sendiri yang mungkin ada benarnya juga kata-kata itu, ingatlah bahawa kalian berkahwin dengan manusia yang punya hati dan perasaan.

Tidak semestinya kerana tersalah pilih, lalu berakhirnya dengan perpisahan. Bahkan lebih banyak kerana hati. Kerana hati yang sudah berubah.

Hati yang sudah berkurangan rasa sayang. Yang semakin pudar rasa tanggungjawab. Hati yang beralih pada yang lain. Hati yang kian berkurangan rasa percaya. Hati yang tebal berprasangka. Kerana sifat hati itu boleh berubah.

Bukan kerana salah memilih, tapi kerana hati itu yang berubah.

Jagalah hati kita. Jaga juga hati pasangan kita. Berdoalah sentiasa agar Allah menjaga hati-hati kita.