Blessing In Disguise

Tragedi Ogos 2018 menyebabkan saya membuat satu ketetapan; Cameron Highlands tidak akan menjadi pilihan untuk bercuti di waktu cuti. Apatah lagi untuk pergi ke Big Red Strawberry Farm kerana di situlah tragedi mengerikan berlaku.

Kesesakan di hadapan BRSF yang tinggi memuncak menuju ke kawasan parkir itulah pemulanya. Entah bagaimana kereta saya hilang keupayaan untuk mendaki dan secara tiba-tiba mengundur ke bawah walaupun dalam keadaan gear D. Hampir-hampir merempuh kereta abang ipar di belakang. Ngeri.

Sejak kejadian itu, saya seakan fobia melihat jalanan yang mendaki begitu tinggi. Apatah lagi dengan kesesakan yang teramat.

Continue reading

Jaulah Ukhwah Ke Pasir Puteh dan Besut

Ketika menerima undangan ke majlis perkahwinan daripada Cikgu Haji Misran, terus saya lihat kalendar. Tarikh majlisnya 31 Oktober 2020, hari Sabtu.

Otak ligat menyusun rencana. Jemputan ini sudah lama ditunggu. Dulu kami sama jemaah ketika menunaikan umrah. Lokasi majlisnya di Kampung Nara, Pasir Puteh, Kelantan.

Bersama Cikgu Haji Misran ketika menunaikan umrah.

Terfikir hendak singgah di Besut. Lalu saya susun semula jadual kerja. Apatah lagi isteri saya sudah lama menyatakan hasrat untuk ke rumah Kak Laili di Besut. Hasil musyawarah, dan juga keterujaan Kak Laili mendapat khabar tersebut (lalu diminta untuk kami menginap di rumahnya), jadualnya disusun seperti berikut:

Continue reading